Thursday, September 17, 2009

KuRa-KuRa BraZilKu...

Di negara barat, anjing dikatakan sebagai "man best friend" mungkin kerana anjing adalah binatang yang setia kepada tuannya. Ia juga suka bermain dan jika dilatih dengan baik ia akan menurut segala perintah tuannya juga. Jadi tidak juga salah jika saya katakan bahawa kucing pula ialah "girl best friend" kerana perempuan lebih cenderung kepada kucing yang labih bersifat manja berbanding anjing. Kucing pandai menarik perhatian tuannya dan juga suka bermain dengan tuannya. Orang yang menyayangi kucing dianggap sebagai seorang yang penyayang.

Bagi saya pula, saya pernah membela kedua-dua ekor haiwan itu suatu ketika dahulu. Kedua-duanya adalah haiwan yang penyayang. Saya suka kepada kedua-dua binatang itu tapi kini kenangan bersama kedua-dua haiwan itu hanyalah tinggal kenangan. Suasana di bandar tidak sesuai untuk saya membela haiwan-haiwan itu. Tambahan pula, membela haiwan memerlukan satu komitmen yang tinggi dan tanggungjawab yang berat. Banyak haiwan peliharaan saya mati sama ada kerana penyakit, kemalangan jalanraya dan juga lanjut usia.

Jika keluarga Mamajojo (kak rozana) memilih kucing sebagai haiwan peliharaan, saya pula memilih kura-kura Brazil yang kecil dan berwarna hijau sebagai pet. Disebabkan saiznya kecil, jadi tidaklah terlalu susah untuk dijaga. Saya tertarik kepada kura-kura sejak kecil lagi. Kura-kura Brazil sangat comel bagi saya. Mungkin juga kerana saiznya yang kecil itu. Saya juga pernah memiliki beberapa ekor kura-kura hitam dan putih kekuningan (kura-kura tempatan yang biasa terdapat di hutan negeri Sarawak). Kini masih lagi tinggal 2 ekor di kampung.

Bagi sesiapa yang pernah melawat blog saya di alamat
http://heromanzo316.wordpress.com/ , pasti anda pernah terbaca artikel tentang kura-kura Brazil saya yang comel itu. Kini si Fufu dan Fifi sudah bertambah besar. Dah sebesar tapak tangan saya dah. Dengan pemberian makanan yang konsisten, saiz kura-kura akan cepat membesar. Gelagat si Fufu dan Fifi sering mencuit hati saya, apabila melihat mereka berenang terasa tenang dan terhibur. Lagi-lagi bila tiba masa memberi makan, pasti mereka berdua akan gembira sangat dan berenang-renang menhampiri tepi aquarium untuk menunggu makan diberikan. Saya memberi makan sebanyak 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam. Jadi kura-kura itu seakan sudah mengerti bila tiba waktu makannya.

Membela kura-kura Brazil pada awalnya sangat senang kerana saiz mereka kecil tapi bila sudah bertambah saiz, lain pula ceritanya. Air aquarium akan mudah kotor jika tiada penapis air. Pada mulanya saya takut juga nak membeli kura-kura, sebabnya takut tidak ada orang yang akan memberi makan jika saya balik ke kampung halaman. Tapi bila teman wanita saya menhadiahkan kura-kura Brazil masa valentine day, rasa gembira mengatasi ketakutan itu. Mungkin juga kerana saya memang dah lama ingin memiliki kura-kura Brazil itu kot?!

Dalam blog saya di alamat http://heromanzo316.wordpress.com/, saya pernah mengatakan bahawa "hanya yang kuat sahaja yang akan terus hidup". Artikel itu tentang sikap si Fufu yang selalu membuli si Fifi kerana saiznya kecil. Tapi bila saiz si Fifi mula membesar, si Fifi sudah boleh melawan balik ataupun membuli balik si Fufu. Akhirnya kata-kata itu menjadi realiti dan yang malangnya ianya berlaku kepada kura-kura Brazil saya juga.

Ceritanya bermula begini....

Alkisah setelah 4 bulan kemudian, saya membeli lagi 2 ekor kura-kura Brazil yang bersaiz kecil. Kura-kura itu saya namakan si Biskut dan Susu. Nama yang sedap kan? Tengoklah siapa yang pilih. Si biskut pernah hilang dari aquarium dan hilang selama seminggu. Akhirnya housemate saya jumpe Si Biskut berada dekat dengan mesin basuh. Agaknya dia bersembunyi dibawah mesin basuh sebab itu tidak dapat dikesan. Akhirnya kura-kura itu mendapat nama "Biskut", kejap ada, kejap tiada.

Tanggal 16 september iaitu hari jadi negara kita Malaysia yang ke 46 tahun, pada jam 7 malam terjadilah satu tragedi yang menimpa kura-kura Brazilku. Si Fifi yang dulunya selalu kena buli telah pun mengigit kepala si Biskut hingga putus dan menelannya sebagai hidangan makan malam. Ah, bertapa sedih dan geramnya perasaan saya pada waktu itu. Hanya tuhan saja yang tahu. Si Fifi menjadi pembunuh. Si Fifi yang dulunya selalu dibuli kini bertukar menjadi pembuli dan pembunuh. Kalau ikutkan hati, dah lama saya denda si Fifi. Denda dengan tidak memberi makan selama seminggu. Tetapi saya percaya itulah rencana yang tuhan tentukan untuk Si Biskut. Itulah rencana tuhan, rencana tuhan mengatasi rencana saya. Saya terima dengan hati yang tenang dan menganggap itu semua adalah lumrah alam. Setiap benda yang bernafas pasti akan mati juga suatu hari nanti. Hanya kasih tuhanlah yang tetap abadi selamanya, amin. "Takdir yang tuhan tentukan untuk kura-kura saya". Pada masa itulah, saya teringat akan artikel yang pernah saya tulis di blog cubaan pertama saya. "Survivor", yang kuat akan terus hidup atau bertahan dan yang lemah akan ditindas atau boleh dimakan oleh yang pemangsa yang lebih kuat". Ternyata hasil nukilan saya itu digenapi oleh tuhan yang maha esa.

Begitu juga dengan kehidupan kita di dunia yang fana ini. Sering kali kita mendengar cerita tentang "yang kuat" ini menindas "yang lemah". Yang lemah akan betambah lemah jika mereka tidak berani bangkit menentang yang kuat atau paling tidak pun bangkit menjadi kuat agar tidak lagi ditindas. Tetapi sering kali kita ditindas, kita lupa bahawa tuhan berserta kita. Tuhan tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan mereka sediri. Tuhan sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita anak-anaknya. Apa saja yang tuhan rencanakan untuk kita, pasti itu adalah jalan yang terbaik. Ambilah sedikit kesempatan untuk berdoa dan memohon perlindungan daripada tuhan. Berserahlah dan bersandarlah kepada tuhan. Biarlah roh tuhan bekerja di tempat anda. Percayalah, tuhan selalu mendengar doa-doa mereka yang tertindas. Seperti yang tercatat di dalam alkitab, "Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya" yak 5: 16. Tuhan sentiasa beserta kita. Yang percaya, katakan "amin".

Seperti cerita kura-kura Brazilku tadi, si Fifi yang dulunya selalu dibuli akhirnya menjadi pembuli dan pembunuh. Itulah yang akan terjadi kepada kita jika kita selalu mempunyai hati berdendam. Itulah yang sering terjadi kepada saya. Sewaktu kecil, saya sering dibuli oleh rakan-rakan di sekolah dan sebagai balasannya saya akan membuli adik-adik dan sepupu saya yang badan dia lagi kecil dari saya. Tapi itu dulu, semakin dewasa saya menyedari bahawa saudara mara kita adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa mereka di dunia ini, kita mungkin akan menjadi sebatang kara sahaja atau paling tidak pun menjadi kera sumbang. Dengan menjadi kuat tidak bermakna kita boleh menindas mereka yang lemah. Menjadi kuat agar kita tidak ditindas dan menolong mereka-mereka yang ditindas itu lagi baik. Jadilah diri kita sendiri, bukan berubah menjadi orang lain yang kita sendiri benci. Layanlah orang lain seperti mana anda ingin orang lain melayani diri anda. GBU.

Wednesday, September 16, 2009

HaRi ini DaLam SeJaRah NeGeRiKu SaRaWak, NeGaRaKu MaLaySia...


Tanggal 16 september 2009 adalah merupakan hari ulang tahun pembentukan negara kita Malaysia yang ke 46 tahun. Dimana pada tarikh keramat inilah Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk negara Malaysia. Bukan sebagai negeri tawanan atau tanah jajahan tetapi sebagai sebahagian daripada Malaysia. Ramai yang keliru tentang status negeri Sabah dan Sarawak yang dikatakan negeri jajahan Malaysia. Itu adalah anggapan rakyat yang kurang berpengetahuan tentang sejarah Pembentukan Malaysia.

Hari ini juga dikenali sebagai Hari Malaysia. Ada juga suara-suara sumbang yang meminta agar tarikh keramat 16 september ini dijadikan cuti umum ataupun diiktiraf sama seperti 31 ogos ataupun hari kemerdekaan. Disaat Malaya menyambut kemerdekaan pada 31 ogos 1957, Sabah dan Sarawak masih lagi dibelenggu kuasa barat iaitu British pada masa itu. Dan negara "Malaysia" belum lagi wujud pada masa itu. Jadi memang munasabah juga jika 16 september disambut sama seperti kita menyambut 31 ogos. Bukan sebagai Hari Kemerdekaan tetapi sebagai Hari Malaysia.

Apa pun anggapan orang lain terhadap 16 september, itu terserah kepada individu untuk menilainya. Saya sebagai anak jati Sarawak ataupun bumi kenyalang, merasakan bahawa 16 september ini adalah tarikh keramat. Dimana negeri kelahiran saya dibebaskan daripada kuasa jajahan barat. Saya terasa terhutang budi kepada perdana menteri kita pada masa itu iaitu Tunku Abdul Rahman dan juga kepada kerajaan Malaya kerana sudi menjemput Sarawak untuk bersama-sama membentuk Malaysia.

16 september juga merupakan hari kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak. Terpulanglah kepada ketua menteri Sabah Dan Sarawak untuk menilai sama ada 16 september itu layak atau tidak disambut dan diistiharkan cuti umum.

Sebagai anak Malaysia, apakah yang lebih bererti daripada menyambut hari jadi negara sendiri?

Malaysia adalah tanah air kita, tempat tumpah darah daging kita, tempat lahirnya anak-anak cucu kita dan tempat dimana kita berpijak. Perpatah orang melayu menyebut, dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Janganlah kita mudah melupakan asal usul diri kita. Disini saya ingin melaungkan SELAMAT HARI MALAYSIA yang ke 46 tahun kepada mereka yang menghargai dirinya sebagai rakyat Malaysia.

Selamat Hari Malaysia. Dirgahayu Malaysiaku tercinta.

Sunday, September 13, 2009

ReSipi TradisiKu "Manuk PanSuh SaRaWak"....

Ingin mencuba sesuatu yang berlainan pada bulan Ramadan ini? Cubalah masakan “Manuk Pansuh Sarawak” atau dalam bahasa melayunya “ayam masak dalam buluh”.

Masakan ini masakan orang iban dan iya juga amat terkenal di seluruh Sarawak. Saya lebih gemar menyebut Resipi ini dengan nama “Manuk Pansuh Sarawak”. Ini kerana setiap kaum di Sarawak mempunyai cara atau resipi mereka tersendiri untuk menyediakan “ayam pansuh” ini.


Bahan-bahan:

  • Seruas buluh lemang
  • 1/2 ekor ayam dipotong 10
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Sebiji cili besar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • Garam dan sedikit serbuk perasa “ajinomoto”
  • Secekal pucuk ubi diramas.
  • 1/2 cawan air
  • Buluh (4 batang untuk seekor ayam)

**Bagi yang suka makan masakan yang pedas seperti saya, bolehlah menggunakan cili padi. Masukkan mengikut kemahuan anda.


"Manuk Pansuh Sarawak" ala HeRoManZo

CARA-CARA PENYEDIAAN

Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)

  • Bersihkan bahagian dalam buluh
  • Bawang putih, bawang merah dan serai ditumbuk lumat manakala halia pula dihiris
  • Bersihkan ayam
  • Gaul atau perap ayam dengan cili besar atau cili padi, bawang putih, bawang merah, garam, serai, serbuk perasa, halia, pucuk ubi dan bersama bahan perasa ajinamoto.
  • Pastikan rasa garamnya bersesuaian mengikut selera anda.
  • Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
  • Jangan hentak buluh. Masukkan air. Tutup muncung buluh tadi dengan pucuk ubi.
  • Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang. Bakarlah sehingga masak.

Kepada mereka yang telah mencuba ReSiPi TraDisiKu "Manuk Pansuh Sarawak" ini, Sila tinggalkan hasil percubaan anda untuk dikongsi bersama di ruangan "ShoutBox HeRoManZ'tika"....

Tuesday, September 8, 2009

MeMoRi UPsRku.....

Hari ini telah berlangsungnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau pun nama manjanye UPsR. Ketika angin sepoi2 bahasa meniup rambutku, T'ingat kembali masa aku m'duduki UPsR dulu2.... Memori lama m'jengah kembali.

AKu BuKanLah muRid yg RaJin tiMe PriMary S'KooLah duLu. AkuLah AdaLah Bdak yg Malas & BoLeh TaHan jGak la naKalnYa. Puas Jgak CikguRu'ku MinTa aku daTanG ke s'KooLah UnTuk m'hadirkan diri di Klas tamBahan. NaMun iTuLah, TiAda K'SedaRan TenTanG K'penTinGan PeLajaRan.

BaGiku, s'kooLah HanYaLah SaTu TemPat UnTuK B'MaIn SaHajA. Aku HanYa kE SeKooLah HanYa KeraNa FaMilY nAk Aku Gi B'LajaR. NaMuN aKu RaJin Gi S'KooLah Coz aKu SuKa BaCa BuKu. AkuLah ConToh "BdAK SukAr Nak D'PuliHkaN" SbAb iTuLah Aku KnA MaSuK K'laS P'MuLiHan. TaPi SeJak aKu Mule kNaL ABC & PanDai M'BacA, aKu MulE B'KawAn deNgaN BukU....aKu JaDi uLaT BuKu. BuKanLah UlaT SanGat pUn, SaJa BuaNg MaSa KaT LibRaRy.

UPsR x Da MaKna bAgiKu paDa WakTu iTu. NaMun aKu SiLap, KeraNa UPsR iTuLah YanG TeLah M'GuBah HiduPku UnTuk SeLaMa-LaManYa. ReSult UPsRku x Lah CeMeRlAnG SanGat. TaPi KeraNa aKu KenaL ABC & ReTi MeMbaCaLah YanG BanYak MemBanTu aKu SeHinGGa aKu LaYak meMasuKi SeBuAh SkooLah mEneNgah KiRa anTaRa YaNg TeRbaIk di KaWaSan DaEraH aKu.

SeNtiMenTal lA pLaK, X rOcK kAn?! HaHaHa, KeNanGan LaMa LaA. AnTik TaPi iTuLah YanG BeRhaRga SeKaLi DaLam HiDup KiTa. PeSAnAnKu kePaDa CaLon UPsR 2009, UPsR BuKanLah PeNamaT PeRJaLaNaN HiDupMu SeBaGai PeLajaR UnTuK MenCaPai KeJaYaaN Di MaSa aKaN DaTanG. TeRusKan UsaHaMu, JanGanLah MeNoLeh Ke bElaKanG LaGi.... KaMi SeBaGai GuRu HanYa BoLeh MemBeRi TunJuk AjaR SaHaJa, KeJaYaaN AdaLah UsaHa KaMu SeDiRi...SeMuAnYa DaTanG DaRi HaTi YanG MemPunYai TeKaD UnTuk BeRjAyA... KaTa OranG BiJak PanDaI, "UsAha TanGGa KjAyAan", "MaLAs TanGGa keBodoHan".

SaMpaI DiSinI SaHaja CoreTan MemORIku....

***KePaDa GuRu BaHaSa MeLaYU, "jangan marah, nanti kena jual. Memang sengaja saya buat tulisan denagn huruf yang sedekian rupa, agar dapat saya kenangkan kembali bagaimana cikgu bahasa Malaysiaku yang tidak jemu menegur kesilapan ayat dan hurufku.

Saturday, September 5, 2009

CeRiTaKU, ImaGinAsiKU & ImPianKU

ShaLoM, S'laMat S'jaHtErA & SaLam 1MaLaYsia,

Hari ini tanggal 06 September 2009 menyaksik'n satu SeJaRah T'ciptanya BloGku yg B'kiSarkan Ttg CeRiTaKU, ImaGinAsiKU & ImPianKU.
S'beNaRnya Aku pNah M'pUnyaI ImPian UnTuK M'Jadi PeNuliS NovEL @puN CeRpEn tApi T'daK p'Nah K'saMpaIan. P'Nah Gak Aku Try m'NuLis CeRiTa PenDeK @pun CerPen nAmUn hAnYaLah S'tEnGah JalAn SaHaJa. BuKaN SeNanG UnTuk M'jaDi P'NuLis, ApaTAh Lagi Ilmu D'dADa hAnYa S'taKat Suam2 kuKu jE.

NaMun DeNgaN T'ciPtAnYa BloG iNi, KuHaRapKan ImPiAnKu iTu BiSa M'jaDi ReaLiTY. AkU aKaN M'cuBa yg T'bAik. AnTaRa TuJuAn ManUsia m'NuLis IaLah M'nYamPaiKan MeSej, PanDanGan & B'koNgsi MakLuMat DeNgAn InSan LaiN.

DiHaRapKan BloG CeRiTaKU, ImaGinAsiKU & ImPianKU iNi DaPat b'KonGsi DeNgan AnDa TeNtAnG ApA yg SaYa RaSA, TaHu & FaHaMi. SeKiaN, TeRiMa KaSih.