Ingin mencuba sesuatu yang berlainan pada bulan Ramadan ini? Cubalah masakan “Manuk Pansuh Sarawak” atau dalam bahasa melayunya “ayam masak dalam buluh”.
Masakan ini masakan orang iban dan iya juga amat terkenal di seluruh Sarawak. Saya lebih gemar menyebut Resipi ini dengan nama “Manuk Pansuh Sarawak”. Ini kerana setiap kaum di Sarawak mempunyai cara atau resipi mereka tersendiri untuk menyediakan “ayam pansuh” ini.
- Seruas buluh lemang
- 1/2 ekor ayam dipotong 10
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- Sebiji cili besar
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (dihiris)
- Garam dan sedikit serbuk perasa “ajinomoto”
- Secekal pucuk ubi diramas.
- 1/2 cawan air
- Buluh (4 batang untuk seekor ayam)
**Bagi yang suka makan masakan yang pedas seperti saya, bolehlah menggunakan cili padi. Masukkan mengikut kemahuan anda.
CARA-CARA PENYEDIAAN
Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)
- Bersihkan bahagian dalam buluh
- Bawang putih, bawang merah dan serai ditumbuk lumat manakala halia pula dihiris
- Bersihkan ayam
- Gaul atau perap ayam dengan cili besar atau cili padi, bawang putih, bawang merah, garam, serai, serbuk perasa, halia, pucuk ubi dan bersama bahan perasa ajinamoto.
- Pastikan rasa garamnya bersesuaian mengikut selera anda.
- Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
- Jangan hentak buluh. Masukkan air. Tutup muncung buluh tadi dengan pucuk ubi.
- Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang. Bakarlah sehingga masak.
Kepada mereka yang telah mencuba ReSiPi TraDisiKu "Manuk Pansuh Sarawak" ini, Sila tinggalkan hasil percubaan anda untuk dikongsi bersama di ruangan "ShoutBox HeRoManZ'tika"....
0 comments:
Post a Comment