
Tanggal 16 september 2009 adalah merupakan hari ulang tahun pembentukan negara kita Malaysia yang ke 46 tahun. Dimana pada tarikh keramat inilah Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk negara Malaysia. Bukan sebagai negeri tawanan atau tanah jajahan tetapi sebagai sebahagian daripada Malaysia. Ramai yang keliru tentang status negeri Sabah dan Sarawak yang dikatakan negeri jajahan Malaysia. Itu adalah anggapan rakyat yang kurang berpengetahuan tentang sejarah Pembentukan Malaysia.
Hari ini juga dikenali sebagai Hari Malaysia. Ada juga suara-suara sumbang yang meminta agar tarikh keramat 16 september ini dijadikan cuti umum ataupun diiktiraf sama seperti 31 ogos ataupun hari kemerdekaan. Disaat Malaya menyambut kemerdekaan pada 31 ogos 1957, Sabah dan Sarawak masih lagi dibelenggu kuasa barat iaitu British pada masa itu. Dan negara "Malaysia" belum lagi wujud pada masa itu. Jadi memang munasabah juga jika 16 september disambut sama seperti kita menyambut 31 ogos. Bukan sebagai Hari Kemerdekaan tetapi sebagai Hari Malaysia.
Apa pun anggapan orang lain terhadap 16 september, itu terserah kepada individu untuk menilainya. Saya sebagai anak jati Sarawak ataupun bumi kenyalang, merasakan bahawa 16 september ini adalah tarikh keramat. Dimana negeri kelahiran saya dibebaskan daripada kuasa jajahan barat. Saya terasa terhutang budi kepada perdana menteri kita pada masa itu iaitu Tunku Abdul Rahman dan juga kepada kerajaan Malaya kerana sudi menjemput Sarawak untuk bersama-sama membentuk Malaysia.
16 september juga merupakan hari kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak. Terpulanglah kepada ketua menteri Sabah Dan Sarawak untuk menilai sama ada 16 september itu layak atau tidak disambut dan diistiharkan cuti umum.
Sebagai anak Malaysia, apakah yang lebih bererti daripada menyambut hari jadi negara sendiri?
Malaysia adalah tanah air kita, tempat tumpah darah daging kita, tempat lahirnya anak-anak cucu kita dan tempat dimana kita berpijak. Perpatah orang melayu menyebut, dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Janganlah kita mudah melupakan asal usul diri kita. Disini saya ingin melaungkan SELAMAT HARI MALAYSIA yang ke 46 tahun kepada mereka yang menghargai dirinya sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Hari Malaysia. Dirgahayu Malaysiaku tercinta.
0 comments:
Post a Comment